Lumrah alam
Inilah yang dikatakan lumrah alam.Bahawa setiap manusia yang susah, satu hari nanti dia akan ditolong oleh seseorang manusia yang lain dan peka dengan diri seseorang yang susah itu.
Wahai rakan-rakan blogger ku yang lain, mungkin anda semua terpinga-pinga dan tertanya-tanya mengapakah Aidizz Azhari sekarang ini jarang update blog.Maaf ya rakan-rakan semua.Kerana Aidizz sibuk dengan pengambaran perkahwinan.

Sekarang ini pun buat pengetahuan anda semua Aidizz berada di Shah Alam.Jauh tak dari Perak ke Shah Alam?Hahahahah.Tapi nak buat macam mana la kan, saya nak mencari duit.Dunia sekarang ini tanpa duit,susah.Sebab sekarang ini semua memerlukan duit.
Sebenarnya kali ini Aidizz nak berkongsi sesuatu dengan anda semua.Apa ya?Anda kenal blogger yang bernama Azhari tu?Haa.. Mesti anda semua tertanya-tanya siapa ya.Sebenarnya blogger yang Aidizz maksudkan ialah A-Y-I-E.

Kenapa ya Aidizz dengan ayie tu?Macam ni kawan-kawan sebenarnya Aidizz ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ayie kerana sanggup membebel dan menjadikan blog Aidizz ini yang dahulu kepada sekarang.Ini Aidizz sertakan gambar blog yang dahulu ya

Untuk pengetahuan anda semua,Aidizz pun dah bosan dengan penggunaan warna template yang lama tu.Mungkin ada di antara anda semua mengatakan blog Aidizz yang lama sebelum ditukar template nya agak berat dan agak gelap.
Oleh itu, tanpa segan silunya, Aidizz pun meminta kawan yang bernama ayie ni mengubah blog Aidizz ini.Bagaimana dia mengubah?Yeah,Aidizz bagi semua email serta password blog ini.Aidizz tak takut ke kalau dia cuba lakukan apa-apa terhadap blog ini?
Oh sebelum lupa,kawan-kawan jikalau kita mahukan pertolongan seseorang itu, kita perlulah yakin serta percaya dengan beliau.Dengan mengakhiri entri ini, sekali lagi Aidizz mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ayie.Thanks my friend

kite pun tau blog ayie hehe
Si proff pun buat entri macam ni...Aduhai...
Ko tau tak blog prof??
Ni dia
Prof-Hariz
kita kena sayang dengan blog kita dulu sebelum nak suruh orang sayang blog kita..